10 Cara Untuk Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Berpuasa

Ramadhan adalah bulan yang dinantikan seluruh ummat Islam. Bulan ini boleh jadi bulan yang baik buat mereka yang berpuasa dan mengikut peraturan makanan dengan berdisiplin.

InsyaAllah, dengan 10 tips ini, Ramadhan anda akan jadi lebih baik, lebih “sihat” dan penuh “tenaga”!

Jangan Skip “Sahur”

Ibarat sarapan pagi, sahur amat penting lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Sahur memastikan tubuh badan kekal terhidrasi dan bertenaga sehigga waktu berbuka. Sahur juga mengelak anda terlebih makan ketika waktu berbuka.

Cadangan makanan seimbang ketika bersahur adalah:

  • Kabohidrat Kompleks: Roti, nasi perang, kentang. Kaborhidrat ini memberikan rasa kenyang disamping mengawal kandungan gula dalam darah. Elakkan beras putih (beras biasa) walaupun ianya murah kerana beras jenis ini mampu menambahkan berat badan.
  • Makanan serat tinggi (fiber): Kurma, kentang, sayur-sayuran. Pisang juga merupakan makanan berserat tinggi yang bagus dimakan semasa sahur.
  • Makanan Berprotin: Telur, keju, yougurt, ikan dan daging.

Makan Sekurang-kurangnya 7 Jenis Buah dan Sayur-sayuran

Buah dan sayur adalah jauh lebih baik berbanding manisan-manisan lain yang dimakan sekali ketika waktu sahur/berbuka. Campur sayur yang pelbagai warna dalam masakan.

Kurangkan Gula & Makanan Proses

Manis-manisan seperti gula-gula, daging beger, dan sosej tidak mempunya banyak nutrin sebaliknya ianya mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Ianya jelas tidak elok untuk badan jika diambil secara kerap.

Berbuka Puasa Secara Perlahan dan Jangan Tergopoh Gapah

Benar, berpuasa meletihkan badan namun ia bukan bermakna kita boleh terus “melantak” semua makanan di depan mata dengan pantas. Makanan secara perlahan-lahan mula dengan kurma dan segelas air. Tunggu seketika kemudian barulah makanan makanan utama anda. Kurma baik untuk persediaan badan sebelum menerima makanan yang lebih berat.

Elakkan makanan berminyak dan berlemak tinggi. Makanan secara perlahan dan beri peluang badan untuk menghadam makanan secara berperingkat.

Jadikan Sup Sebagai Hidangan Utama Ketika Berbuka

Sup adalah makanan suam yang menyenangkan perut. Isikan banyak sayur-sayuran segar yang pelbagai warna ke dalam sup seperti lobak, tomato, cendawan, daun bawang dan terung. Tambahkan sedikit herba dan kurangkan penggunaan minyak dan garam dalam sup.

Kekal Hidrasi

Pastikan tubuh badan anda menerima 8-12 cawan air setiap hari. Sentiasa ingat bahawa jus buah buahan juga mengandungi kandungan gula jadi ambil secara terkawal dan utamakan minum air kosong/mineral berbanding air buah buahan.

Elakkan Minimum Berkafein

Kafein adalah diuretik yang merangsang kehilangan air dengan lebih cepat. Elakkan teh yang kuat, kopi dan air gas. Sekiranya anda perlu berjaga malam, gantikan air kopi dengan air suam panas atau air jus buah buahan.

Elakkan Makanan Yang Digoreng

Makanan yang digoreng biasanya menggunakan banyak minyak jadi cuba kurangkan atau gantikan dengan makanan berbentuk rebusan seperti daging rebus dan ikan yang dikukus.

Elakkan “Working Out” Ketika Berpuasa

Jangan melakukan senaman berat yang memerlukan banyak tenaga ketika sedang berpuasa. Ia boleh mengundang padah yang tidak disangka seperti kekejangan otot dan pitam. Hanya lakukan senaman berat 2-3 jam selepas berbuka puasa.

Jurulatih kecergasan popular Malaysia, Kevin Zahri pernah mengeluarkan kenyataan agar berehat sepenuhnya dari workout-workout berat ketika bulan Ramadhan. Jelasnya lagi, bulan Ramadhan ibarat bulan yang baik untuk tubuh badan berehat dari sebarang aktiviti berat untuk proses recovery.

Sesuaikan Puasa Dengan Tahap Kesihatan Anda

Warga tua atau mereka yang berpenyakit ataupun wanita mengandung digalakkan meminta nasihat doktor untuk tindakan terbaik ketika bulan Ramadhan. Ada sesetengah orang, dinasihatkan agar tidak berpuasa atas faktor kesihatan dan sebagainya.

Makanan Tambahan Untuk Kekal Bertenaga?

Anda boleh mencuba Jus EnerJax yang berasaskan kurma untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan. Minum sekali ketika bersahur dan sekali ketika berbuka, insyaAllah, tubuh badan akan kekal bertenaga.

Artikel asal dari laman World Food Programme dan diubah suai oleh S.Freman.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *