Antara 10 tanda-tanda RAHIM tidak sihat

Spread the love

Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang penting. Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan. Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti 10 petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan itu sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.

Antara 10 tanda-tanda RAHIM tidak sihat:

  1. Sakit Pinggang

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

  1. Sakit Tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

  1. Sakit Ari-ari

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

  1. Kerap Kencing atau Tak Lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.

  1. Sakit Ketika Bersetubuh

Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

  1. Angin Pada Perut

Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.

  1. Kentut Vagina

Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.

  1. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki… Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

  1. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

  1. Sentiasa Basah,

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

Kesimpulannya,

Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini.

Kami di Herbaworks Healthcare sentiasa membuka pintu untuk membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman wanita. Jus MamomHope berperisa kranberi dan gabungan dari bahan semulajadi yang mampu merawat dan menyihatkan dalaman wanita. Ramai wanita diluar sana yang dah Berjaya. Anda bila lagi? Boleh layari website kali di Herbaworks Healthcare untuk lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *