Makanan Untuk Kesuburan Wanita

Spread the love

 

  1. BUAH DAN SAYURAN SEGAR

Pertama sekali, penting untuk anda memperbanyakkan sumber buah-buahan dan sayuran segar kerana kedua-dua sumber ini mempunyai terlalu banyak khasiat yang baik untuk tubuh. Makanan segar kaya dengan antioksidan, vitamin dan serat, di mana ia boleh membantu penyerapan zat besi dengan efisyen di samping melancarkan pergerakan usus agar berfungsi dengan lebih efisyen untuk menyingkirkan toksin dari badan.Secara spesifiknya, sayuran berdaun hijau pula amat digalakkan kerana ia merupakan sumber asid folik yang baik untuk sistem peranakan wanita.

  1. MAKANAN BERPROTEIN

Makanan berprotein yang bersumber daripada haiwan seperti ayam, lembu, dan sebagainya. Makanan berprotein daripada sumber tumbuhan pula adalah seperti tempe, tahu, kacang tanah, atau sayuran jenis kekacang seperti bendi dan kacang buncis. Sesetengah pakar mendapati bahawa sumber protein dalam tubuh mampu meningkatkan kesuburan. Apa pun, hindari daripada pengambilan berlebihan, terutamanya yang bersumber dari haiwan.

  1. ROTI DAN BIJIRIN KAYA SERAT

Cuba tukarkan diet anda dengan memakan roti gandum berbanding roti putih, atau menukar beras putih dengan beras perang. Ini kerana, ada penelitian mendapati karbohidrat yang diproses mampu meningkatkan kadar gula dalam darah. Kandungan gula atau insulin dalam darah pula dapat mengganggu hormon reproduksi dan menjadikan kitaran haid anda menjadi tidak tetap.

  1. IKAN

Zat yang baik untuk melalui ikan dapat meningkatkan keberhasilan reproduksi melalui asid lemak dan omega-3 yang terkandung di dalamnya. Zat tersebut ada pada ikan seperti salmon, tuna, sardin, dan ikan keli.

  1. PRODUK TENUSU

Menurut kajian, seseorang mempunyai lebih potensi untuk hamil apabila kerap memakan produk tenusu seperti susu segar, keju, dan yoghurt. Sebaiknya, pilih daripada jenis yang rendah lemak. Selain memperkuatkan tulang, ia juga amat baik untuk kesuburan anda.

  1. TIRAM

Tiram dikatakan memiliki kandungan zat besi yang paling banyak dalam setiap suapan. Nutrisi ini adalah sangat penting untuk menghasilkan telur yang berkualiti semasa proses ovulasi.Selain itu, ia dikenali sebagai makanan yang paling baik untuk meningkatkan nafsu secara semulajadi.

  1. UBI

Ubi terkenal sebagai salah satu makanan untuk subur. Makanan ini kaya dengan vitamin yang baik untuk kesuburan. Sesetengah berpendapat ia dapat merangsang proses ovulasi wanita.

  1. KEKACANG DAN BIJIAN

Apabila mengidamkan snek, makanlah dari sumber kekacang. Kacang almond, walnut, gajus, pistachio, dan sebagainya mengandungi asid folik dan omega-3 yang baik untuk kesuburan.Selain itu, biji matahari, kuaci, dan chia seed juga membekalkan sumber yang tidak kurang hebatnya untuk membantu kesihatan dan kesuburan.

KEKALKAN GAYA HIDUP AKTIF

Selain mengambil makanan untuk subur, kurangkan snek dan makanan merapu, makanan segera, dan makanan berproses kerana makanan ini mengandungi bahan kimia dan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.Di samping itu, tingkatkan juga aktiviti harian kerana berat badan yang ideal juga dapat membantu menjadikan organ tubuh lebih sihat secara keseluruhannya.

Bagi wanita diluar sana yang sedang berusaha untuk merawat tahap kesuburan dan seterusnya ikhtiar untuk mendapatkan zuriat,,boleh mencuba produk MamomHOPE keluaran Herbaworks Healthcare dimana mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *